Apabila saya bertanya kepada peserta seminar dan ceramah yang mengikuti pembentangan kertas kerja saya yang bertajuk ”kesantunan” apakah makna kesantunan, rata-rata akan memberi jawapan bahawa kesantunan itu perlakuan yang baik, tutur kata yang manis atau budi bahasa. Semua itu memang betul kerana perkara –perkara tersebut merupakan kriteria kesantunan. Namun begitu, ilmu kesantunan yang saya gali beberapa tahun sepanjang menyediakan tesis Ph.D berhubung dengan kesantunan itu, memberi saya semangat untuk berkongsi dan menyebarkan makna kesantunan yang lebih tepat dan mendalam kepada masyarakat. Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat perlu dididik dan diberi pengetahuan tentang konsep kesantunan yang lebih jelas dan meluas. Pemahaman tentang makna kesantunan akan menbina sebuah masyarakat yang lebih harmoni, malahan kesantunan sangat berkait rapat dengan kestabilan dan kecekapan dalam pengurusan emosi seseorang.
Sesiapa yang ingin maklumat lanjut berhubung bidang kesantunan sila hubungi saya.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment