Thursday, 30 June 2011

The 2007 UNESCO-APEID Hiroshima Seminar on Teacher Education

Kenangan Semasa Mewakili Malaysia ke Seminar di Hiroshima, Jepun

hiroshima-5
The 2007 UNESCO-APEID Hiroshima Seminar on Teacher Education

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Title:SPG: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr Noriati A. Rashid, Dr. Boon Pong Ying & Dr. Wong Kiet Wah 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834505332
Year of Publication:April 2010
URL:N/A
Summary
Buku SPG: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru dihasilkan berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan salah satu kursus teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Buku ini dianggap penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran bagi Semester 8 yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selain boleh dijadikan buku teks bagi guru pelatih di IPGM, buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang kepimpinan dan perkembangan profesional guru sekolah.

Murid dan Alam Belajar

Title:Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr. Boon Pong Ying, Noriati Abdul Rashid & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834505189
Year of Publication:April 2009
URL:N/A
Summary
Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar merupakan sebuah buku teks yang ditulis khusus untul sukatan pelajaran Murid dan Alam Belajar bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Buku ini terdiri daripada 7 bab yang mencakupi semua aspek murid dan alam belajar seperti yang digariskan di dalam sukatan pelajaran tersebut. Tajuk-tajuk disusun mengikut silibus agar pelajar dapat memahami teori dan aplikasi Murid dan Alam Belajar secara teratur dan terancang. Teks disusun secara sistematik.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Title:Siri Pendidikan Guru: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr. Boon Pong Ying, Noriati Abdul Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834505226
Year of Publication:April 2009
URL:N/A
Summary
Siri Pendidikan Guru: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaranmerupakan sebuah buku teks yang ditulis khusus untul sukatan pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Buku ini terdiri daripada 12 bab yang mencakupi semua aspek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang digariskan di dalam sukatan pelajaran. Tajuk-tajuk disusun mengikut silibus agar pelajar dapat memahami teori dan aplikasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran secara teratur dan terancang. Teks disusun secara sistematik.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Title:SPG: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr Noriati A. Rashid, Dr. Boon Pong Ying & Dr. Wong Kiet Wah 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834505332
Year of Publication:April 2010
URL:N/A
Summary
Buku SPG: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru dihasilkan berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan salah satu kursus teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Buku ini dianggap penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran bagi Semester 8 yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selain boleh dijadikan buku teks bagi guru pelatih di IPGM, buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang kepimpinan dan perkembangan profesional guru sekolah.

Guru dan Cabaran Semasa

Title:Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr Noriati A. Rashid, Dr. Boon Pong Ying et al 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834509781
Year of Publication:June 2010
URL:N/A
Summary
Buku SPG: Guru dan Cabaran Semasa ini dihasilkan berdasarkan Sukatan Pelajaran (Proforma) Kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan kursus yang terakhir ditawarkan di bawah bidang Pengajian Profesional yang juga merupakan Kursus Teras dalam PISMP yang wajib diikuti oleh semua pelajar PISMP. Buku ini mengandungi topik-topik yang juga merupakan kandungan Proforma Kursus Guru dan Cabaran Semasa. Antara topik yang dibincangkan adalah Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa, Guru dan Perundangan, Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid, Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru, Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan dan Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan. Perbincangan topik-topik yang terkandung di dalam buku ini akan memudahkan pelajar memahami kandungan kursus ini. Buku ini boleh dijadikan buku teks bagi guru pelatih di IPGM selain sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar perguruan di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain.

Budaya dan Pembelajaran

Title:Siri Pendidikan Guru: Budaya dan Pembelajaran
Series:Siri Pendidikan Guru
Author:Dr. Noriati A. Rashid, Dr. Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad et al 
ISBN 10:N/A
ISBN 13:9789834509774
Year of Publication:November 2010
URL:N/A
Summary
Buku Budaya dan Pembelajaran ini dihasilkan berdasarkan Sukatan Pelajaran (Proforma) Kursus Budaya dan Pembelajaran yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan salah satu kursus teras yang mewajibkan semua pelajar mengikutinya. Buku ini dianggap penting kerana kandungannya meliputi kesemua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus perguruan dalam kursus Budaya dan Pembelajaran.
Selain dapat dijadikan buku teks bagi pelatih di IPG, buku ini juga sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang budaya dan pembelajaran. Terdapat tujuh bab yang dimuatkan di dalam buku ini selaras dengan proforma kursus Budaya dan Pembelajaran. Antara tajuk tersebut adalah Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia, Kesedaran Kepelbagaian